Home » Citra Yadim » 60 penduduk Jasin terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

60 penduduk Jasin terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

JASIN – Inisiatif membantu golongan yang terkesan dengan Covid-19 di Melaka kini dilaksanakan di daerah ini pula.

Menerusi program YADIM Peduli: Jelajah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Peringkat Daerah Jasin yang dilancarkan pada 2 Julai, seramai 60 keluarga di daerah ini bakal menerima manfaat daripadanya.

Kesemua mereka menerima wang tunai dan barangan keperluan harian.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka, Pejabat Agama Islam Daerah Jasin dan CIMB Islamic bagi menjayakan program ini.

Pelancaran program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bemban, Datuk Hassan Abd Rahman di Japerun Dewan Undangan Negeri Bemban di sini.

Mewakili badan dakwah ini ialah Penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim. Selain Bemban, lain lain penerima sumbangan ialah keluarga yang dikenalpasti di Bukit Asahan, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *