Sanitasi Masjid dan Surau bersama SAY Pasir Puteh

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan  telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di ruang solat serta kawasan sekitar di Masjid Kampung Gaal dan Surau Kampung Gong Cokoh pada 1 Julai.

 

Ia sebagai sebahagian daripada usaha memastikan rumah ibadah itu terpelihara kebersihannya untuk kegunaan jemaah kelak.

 

Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Pasir Puteh.

 

Program bermula pukul 9.30 pagi ini disertai Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang serta  Ketua SAY Jajahan Pasir Puteh Cikgu Rodin Jaya Said. Turut hadir tiga ahli SAY wanita yang sama-sama menjalankan kerja-kerja sanitasi.

 

Selesai kerja-kerja sanitasi, Ustaz Mahadi menyerahkan pek Musa’adah sebanyak 20 kotak kepada Cikgu Rodin untuk diagihkan kepada asnaf sekitar jajahan Pasir Puteh.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *