Sanitasi Masjid dan Surau bersama SAY Pasir Puteh PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan  telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di ruang solat serta kawasan sekitar di Masjid Kampung Gaal dan Surau Kampung Gong Cokoh pada 1 Julai.   Ia sebagai sebahagian daripada usaha memastikan rumah ibadah itu terpelihara kebersihannya untuk kegunaan jemaah kelak. […]

SAY Sungai petani santuni penduduk Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dalam fasa 1 menyebabkan ramai pihak semakin memerlukan. Cakna dengan situasi itu, pada 1 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)  Sungai Petani telah menyantuni 30 penduduk dari Kampung Hutan Gelam, Padang Binjai, Permatang Merbau dan Pulau Sayak di sini. Mereka yang terdiri daripada asnaf, pesakit terlantar, […]

200 set barangan keperluan untuk Amal, Perkiwisa

BANGI – Program kerjasama menyantuni mereka yang memerlukan diteruskan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Kali ini ia dilaksanakan dengan Yayasan Amal Malaysia (Amal) dan Pertubuhan Kebajikan Ihsan Wanita Islam (Perkiwisa). Pada 1 Julai, sebanyak 100 set barangan keperluan harian diserahkan kepada Amal oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk […]

Usah jadikan bendera putih isu ganggu usaha kerajaan

KUALA NERUS – Kerajaan tidak mahu kempen bendera putih dijadikan isu hingga boleh mengganggu usaha mendekati golongan yang memerlukan.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, apa yang lebih mustahak ialah semua pihak perlu mencari kaedah terbaik bagi memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan sasar.   […]

Musa’adah YADIM Johor di Endau

ENDAU – Seramai 16 keluarga di Kampung Semanyir di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 30 Jun dengan kerjasama Surau Al Arif. Menerusi kerjasama ini, mereka menerima barangan keperluan harian serta dua ekor ayam untuk setiap keluarga. Tiga daripada keluarga yang disantuni mempunyai ahli yang diserang angin ahmar. YADIM Johor diwakili pengarahnya, […]

Amalan Garpu Tala perlekeh al-Quran

PUTRAJAYA – Amalan ‘Garpu Tala’ atau istikharah al-Quran adalah satu perbuatan yang memperkelehkan kitab suci itu dan bercanggah dengan disiplin ilmu Islam sendiri.   Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Nasruddin Hasan berkata, al-Quran adalah kitab suci yang sangat tinggi kedudukannya, bukan saja di sisi Islam tetapi juga pada nilai ilmu […]

Pesakit buah pinggang, OKU, peniaga pasar malam antara disantuni YADIM Pahang

PEKAN – Semakin hari, semakin ramai golongan terjejas berikutan PKP 3.0 kerana halangan untuk keluar bekerja telah membataskan mereka daripada memperoleh pendapatan untuk menyara hidup. Menyedari situasi yang semakin serius ini,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang menerusi Koordinator Sukarelawan YADIM (SAY) Parlimen Pekan, Ustaz Sayuti Osman bersama pasukannya menggiatkan lagi usaha untuk mencari golongan […]