Home » Citra Yadim » 500 Jalur Gemilang sempena Semarak Dakwah Merdeka Daerah Marang

500 Jalur Gemilang sempena Semarak Dakwah Merdeka Daerah Marang

MARANG- Sempena sambutan bulan kemerdekaan ketika ini,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu bersama rakan strategiknya  menerusi Program Semarak Dakwah Merdeka, telah mengedarkan lebih 500 bendera jalur gemilang kepada orang awam pada 14 Ogos

Program santai ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan Negeri Terengganu (JBS), Urusetia Belia Sukan Dan Badan Buka  Kerajaan Negeri Terengganu (UBSNT), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) serta RTM Terengganu di persimpangan Bandar Marang di sini pada 14 Ogos.

Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin bersama 10 orang ahli Sukarelawan YADIM Marang yang turut serta, melekatkan lebih 500 bendera Jalur Gemilang pada kenderaan awam yang melalui kawasan tersebut mengikut SOP yang telah ditetapkan dengan bantuan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Turut hadir ke program ini ialah Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Mat Zin Mat Derih dan Pegawai Daerah Marang, Haji Lizan Che Mat.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *