Home » Citra Yadim » Bengkel Pembimbing RBY

Bengkel Pembimbing RBY

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha menyediakan generasi pelapis negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Bahagian Kepimpinan Mudanya menyediakan pelbagai program pembangunan belia.

Antara yang terbaharu diadakan ialah Bengkel Pembimbing Rakan Belia YADIM (RBY) yang pesertanya dipilih dikalangan ahli Rakan Siswa YADIM (RSY).

Antara RSY  yang terlibat ialah mahasiswa dari Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mewakili Wilayah Persekutuan dan Selangor, Universiti Utara Malaysia mewakili Kedah dan pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali dan Institut Pendidikan Guru Melaka mewakili Melaka.

Peserta 31 orang terpilih untuk mengikuti bengkel ini.

Siri pertama bengkel tersebut diadakan secara dalam talian pada 14 Ogos.

Antara objektif utama program ini termasuklah bertujuan melatih peserta yang bakal menjadi pembimbing RBY dengan modul pemantapan Fardhu Ain bagi menjadi nuqaba’ bagi ahli-ahli RBY yang berada di Institut Kemahiran  Belia Negara/Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara terpilih.

Siri seterusnya akan diadakan pada  15, 21 dan 22 Ogos pula bagi Fasa 1.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *