Home » Citra Yadim » Hari keempat Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India

Hari keempat Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India

PADA Hari keempat Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India, kakitangan YADIM dan rombongan telah menghadiri majlis penutup bagi program Suhbah (persidangan), yang berlangsung selama tiga hari, bertempat di Jami’ah Markaz Saquafathi Sunniya, Kozhikode dan Masjid Jamiul Futuh, Markaz Knowledge City.
Program tersebut merupakan anjuran Jami’ah Markaz Saquafathi Sunniya, bertujuan mengeratkan hubungan serta bertukar pandangan dan fikiran, antara ulama dan pendakwah Malaysia dan India.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Syeikh Abdul Hakeem bin Syeikh Abu Bakr Ahmad.
Hari keempat juga diisi oleh Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin dan Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah serta rombongan dengan ziarah ke Jiffri House, Kuttichera. Ia merupakan rumah pusaka milik keluarga tokoh ilmu dan pendakwah, Saadah Al-Jiffri yang berpindah dari Tarim, Yaman ke Kerala pada sekitar tahun 1,700 Masihi.
Kedatangan rombongan disambut oleh tuan rumah, Habib Soleh Sihab Al-Jiffri, keturunan ketujuh Al-Jiffri di situ.
Rumah tersebut merupakan hadiah daripada Raja Calicut yang beragama Hindu, kepada Sayyid Syeikh bin Muhammad Al-Jiffri, generasi pertama Saadah Al-Jiffri yang berpindah ke India.
Meskipun sudah berusia lebih tiga ratus tahun, ia masih utuh hingga kini. Sayyid Syeikh Al-Jiffri dimaqamkan bersebelahan rumahnya.
Turut dimaqamkan bersama ialah ayahanda beliau, Sayyid Sheikh Muhammad Al-Jiffri dan Sayyid Fadhl Al-Jifri, ayah kepada Habib Soleh Syihab Al-Jiffri dan merupakan presiden pertama, Jami’ah Markaz Saquafathi Sunniyya.
Pengisian diteruskan dengan ziarah ke Masjid Al-Imam Abu-bakr Fakhruddin As-Syalwati, guru kepada Al-Imam Zainuddin Makhdoom Al-Kabir. Beliau dimaqamkan bersebelahan masjid beliau. Lokasi masjid, terletak kira-kira 50 meter daripada Jiffri House.
Program terakhir ialah persidangan alim ulama di Jamia Madenatunnoor- Markaz Garden, Calicut
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin juga hadir ke semua program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *