Home » Citra Yadim » Misi Bantuan Pasca Banjir di Pahang

Misi Bantuan Pasca Banjir di Pahang

MISI Bantuan Pasca Banjir oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diteruskan pula ke Pahang.
Sumbangan disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar di Pekan dan Rompin pada 3 Februari yang turut melibatkan YADIM.
Untuk mangsa banjir Pekan, acara sumbangan diadakan di Felda Chini di Dewan Semai Bakti, Felda Chini 1.
Dilokasi ini seramai 87 orang penerima menerima sumbangan daripada agensi seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Tabung Haji, Yayasan Waqaf dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
YADIM pula menyumbang kit penjagaan kebersihan untuk mangsa-mangsa.
Lokasi kedua ialah di Balai raya Kampung Sarang Tiong, Rompin apabila seramai 79 orang penerima menerima sumbangan untuk meringankan beban mereka.
Di sini, seramai 79 keluarga menerima sumbangan kit penjagaan kebersihan daripada YADIM.
Hadir mewakili YADIM ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup dan Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *