Home » Langit Terbuka » 80 peratus Tabung Musa’adah Covid-19 sudah disalurkan

80 peratus Tabung Musa’adah Covid-19 sudah disalurkan

YADIM ialah antara agensi agama Islam persekutuan yang giat menyalurkan sumbangan kepada orang ramai bagi membantu mereka menghadapi Covid-19. - Foto YADIM

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumpul lebih RM4.5 juta melalui Tabung Musa’adah Covid-19 yang dilaksanakan secara kerjasama dengan Yayasan Wakaf Malaysia (JAKIM-YWM) bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik itu.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, daripada jumlah itu, 80 peratus disalurkan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, geografi dan agama.

“Kami berharap rakyat terus menyumbang ke tabung JAKIM-YWM supaya lebih ramai dapat dibantu.

“Bantuan ini diteruskan setiap hari dan Jakim sendiri akan turun padang bagi menyampaikan bantuan supaya diterima terus oleh golongan sasaran,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM kepada Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme Selangor serta Komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di sini, pada 18 September.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Ruslan Said.

Pada majlis itu, Zulkifli menyampaikan bantuan sebanyak RM260,500 kepada komuniti LGBT melalui Pertubuhan Mukhayyam Jakim dan RM22,000 kepada Pertubuhan Kebajikan OKU Autisme Selangor.

Zulkifli berkata, selain kumpulan LGBT dan OKU autisme pihaknya turut menyampaikan sumbangan kepada gelandangan, Orang Asli dan nelayan supaya golongan ini tidak tercicir dari menerima sumbangan.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, setakat ini belum ada arahan penutupan masjid dan larangan solat Jumaat di Sabah berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Katanya, arahan itu di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun setakat ini aktiviti keagamaan di masjid masih berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *