JAKARTA, 7 Nov. — Kes melibatkan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang didakwa menghina Islam akan disiarkan di televisyen untuk tontonan umum, kata Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian.
Beliau berkata, perkara itu diarahkan Presiden Joko Widodo atas alasan supaya kes yang dijalankan berlangsung dengan telus .
“Presiden berpendapat, pendedahan kes itu sepatutnya disiarkan di televisyen. Ia adalah arahan beliau kerana mahu prosedur lebih telus,” katanya.
Tito juga berkata, kes Ahok ini akan didedahkan di hadapan para wartawan walaupun prosedur itu biasanya dibuat secara tertutup.
Dilaporkan, pihak berkuasa akan menjemput pihak berkaitan seperti penggubal undang-undang, Suruhanjaya Polis Nasional (Kompolnas) dan individu yang memfailkan aduan terhadap Ahok termasuk Majlis Ulama Indonesia serta pakar.
“Jika Ahok didapati tidak bersalah, kes tersebut akan ditutup,” katanya lagi.
Ahok sebelum ini mendapat kecama puluhan ribu umat Islam Indonesia apabila menghina Islam dan al-quran apabila mempertikai surah Al-Maidah ayat 51 dalam kempen politiknya. https://www.ismaweb.net

[VIDEO] ‘Kalau semua jemaah dunia macam Malaysia, saya boleh tidur dengan tenang’
MAKKAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada Tabung Haji (TH) dan memuji tahap disiplin serta kebersihan
KOMEN