Home » Citra Yadim » SAF HSAH masak dan edar bubur lambuk

SAF HSAH masak dan edar bubur lambuk

SUNGAI PETANI – Sukarelawan Al Falah (SAF) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dengan kerajasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program memasak bubur lambuk pada 31 Mei lalu bertempat di perkarangan hospital bereknaan.

Program berkenaan biarpun ringkas, telah memberikan kesan yang positif kerana ia telah memberikan kegembiraan kepada orang ramai yang menerima bubur lambuk berkenaan.

Aktiviti memasak telah bermula seawal jam 12 tengahari secara gotong royong dan sebanyak 200 bungkus bubur lambuk telah diedarkan ke warga HSAH, pesakit serta keluarga pesakit.

SAF adalah pasukan sukarela yang ditubuhkan YADIM melalui Bahagian Perkhidmatan Komuniti dan Masyarakat bagi melaksanakan program-program khidmat bakti kepada masyarakat melalui pendekatan kesukarelawan dan sumbangan.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *