Home » Langit Terbuka » KDN minta polis tumpu keselamatan tempat ibadat

KDN minta polis tumpu keselamatan tempat ibadat

Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya meminta PDRM meningkatkan kawalan di rumah ibadat susulan insiden tembakan rambang ke atas 2 masjid di New Zealand yang dilapor mengorbankan 50 nyawa, baru baru ini. - Foto hiasan Creativehobby.com

SERDANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta polis memberi tumpuan kepada keselamatan lokasi tertentu, termasuk rumah ibadat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman berkata, ini susulan insiden tembakan rambang ke atas 2 masjid di New Zealand yang dilapor mengorbankan 49 nyawa, semalam.

“Pihak polis maklum tentang perkara ini dan kita minta mereka memberikan kawalan dan pemerhatian serius, khususnya di tempat-tempat agama,” katanya selepas operasi menangkap pendatang asing tanpa izin di Pasar Borong Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Insiden itu turut mencederakan 3 rakyat Malaysia.

Kami amat bersimpati dengan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden serangan keganasan itu,” kata Mohd Azis.

Sementara itu di Kuala Lumpur, ketua penolong pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis akan memperketatkan kawalan keselamatan di tempat ibadat dan pusat hiburan.

“Kita sentiasa mengarahkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memantau tempat ibadah dan tempat-tempat sensitif,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk 2019.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *