Home » Citra Yadim » Kunjungan muhibah Dr Zakir Naik

Kunjungan muhibah Dr Zakir Naik

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 4 September menerima kunjungan muhibah daripada pakar dan penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke ibu pejabatnya di sini.

Dalam kunjungan selama sejam bermula jam 8.30 pagi itu, YADIM yang diwakili Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz bertukar pandangan dengan beliau mengenai pelbagai perkara, terutamanya isu semasa dan bidang dakwah.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Mohamad Raimi Ab. Rahim dan Pengerusi Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Yusuf.

Dalam pertemuan itu, kedua pihak bersetuju kaedah terbaik untuk berdakwah pada ketika ini ialah menerusi pendekatan rahmah dengan saling menyantuni dan mencari titik persamaan serta mengelak permusuhan atau perpecahan.

YADIM dan Zakir Naik juga bersetuju, bahawa dalam berdakwah, hak hak orang bukan Islam mesti ditunaikan manakala hak orang Islam hendaklah dipertahankan.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *