Home » Citra Yadim » Ceramah Motivasi Pelajar Rahmah ‘Zero To Hero’

Ceramah Motivasi Pelajar Rahmah ‘Zero To Hero’

RENGIT – Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Mulia Rengit di sini, seramai 120 pelajar sekolah ini telah menyertai program Ceramah Motivasi Pelajar Rahmah ‘Zero To Hero’ pada 18 Februari.

Disampaikan oleh Daie Daie Azamuddin Zainal, ia bertujuan membina sahsiah jati diri ke arah yang lebih baik serta sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang positif.

Program ini dirasmikan oleh guru besar sekolah berkenaan, Mustafa Yunos. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor atas kerjasama yang dihulurkan dalam menganjurkan program motivasi ini dan berharap para pelajarnya akan menerima manfaat daripadanya.

Hadir mewakili YADIM dalam program ini ialah dua pegawainya, Mohamad Ridzuan Shaban dan Shahrizan Hasan

Zero To Hero merupakan salah satu program YADIM Johor yang diadakan di sekolah sekolah di negeri ini bagi untuk pemantapan jati diri dan sahsiah pelajar.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *