Home » Langit Terbuka » Tabik usaha Turki lindungi mangsa perang di Syria

Tabik usaha Turki lindungi mangsa perang di Syria

Turki telah melaksanakan tanggungjawab besar untuk mengambil kira-kira 3.7 juta penduduk Syria yang melarikan diri dari negara mereka akibat perang, kata Mapim. - Foto aa.com

BANGI – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merakamkan ucapan takziah kepada Turki setelah kehilangan 33 anggota tentera dalam satu serangan udara di wilayah Idlib, Jumaat lalu.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bagi anggota tentera Turki yang sedang bertugas melindungi mangsa konflik peperangan di Syria, perbuatan itu akan diterima sebagai syahid.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga anggota tentera dan berdoa agar mereka tetap kuat dan bangga kerana mengorbankan hidup mereka dalam perjuangan untuk melindungi mangsa peperangan.

“Kami juga berdoa agar mereka yang cedera kritikal untuk segera pulih dan akan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada 3 Mac.

Usaha Turki untuk menjadikan Idlib sebagai zon de-eskalasi dan menempatkan 4 juta penduduk, disokong sepenuhnya, kerana zon yang aman untuk warga tempatan kini semakin mengecil.

Mohd Azmi berkata, pihaknya turut meluahkan kekesalan apabila lebih daripada 1,300 orang awam terbunuh dalam operasi baru-baru ini untuk menyelamatkan Idlib.

“Turki telah melaksanakan tanggungjawab yang besar untuk mengambil kira-kira 3.7 juta penduduk Syria yang melarikan diri dari negara mereka.

“Kami hormat kepada para pemimpin Turki yang menanggung kesukaran dalam memberikan bantuan kepada pelarian.

“Kami berdoa agar kerajaan dan rakyat Turki memiliki kekuatan untuk terus memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang,” katanya.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *