Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu sasar santuni 1000 nelayan

YADIM Terengganu sasar santuni 1000 nelayan

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menyasarkan untuk menyantuni seramai 1,000 keluarga nelayan di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Pengarahnya, Mahadi Awang berkata usaha tersebut akan diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan persatuan nelayan yang dikenalpasti.

“Inisiatif ini kerana mereka merupakan salah satu kluster yang terjejas teruk akibat Covid-19.

“Pada masa yang sama, saya juga ingin menyeru semua pihak sama ada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak korporat untuk bersama-sama turun padang menyantuni golongan ini. Semoga sumbangan ini akan meringankan bebanan keluarga mereka ” katanya ketika lawatan kerja ke pejabat LKIM daerah Dungun pada 16 Jun.

Dalam pertemuan tersebut, YADIM Terengganu turut menyampaikan sumbangan kepada 100 keluarga nelayan yang dikenalpasti memerlukan kepada LKIM.
Mewakili LKIM ialah Timbalan Pengarah LKIM Terengganu Khuzaimah Husain. Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Alauddin Ali.

Alaudin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YADIM serta memaklumkan ia tepat pada masanya kerana terdapat ramai ahli persatuannya yang sememangnya terjejas teruk akibat Covid-19.

Selesai pertemuan di pejabat, YADIM Terengganu kemudiannya dibawa menziarahi ke kediaman nelayan yang ditimpa musibah, sakit serta golongan B40.

Mereka yang diziarahi turut menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *