Home » Citra Yadim » Wawasan-Mawar YADIM santuni ibu tunggal

Wawasan-Mawar YADIM santuni ibu tunggal

SUNGAI BESI – Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia (Wawasan) pada 17 Jun telah menyantuni seramai 30 wanita sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Program dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu telah memberi manfaat kepada wanita yang menjadi ahli Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur dan Selangor serta Wanita Ibu Tunggal Malaysia.

Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka.

Presiden Wawasan, Siti Hadijah Ishak berkata, inisiatif merenusi Majlis Jalinan Mesra Syawal MAWAR-Wawasan ini merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya membantu meringankan beban ibu ibu tunggal dan warga emas di Kuala Lumpur dan Selangor yang terkesan dengan Covid-19.

Tambah beliau, semenjak wabak itu melanda negara, ini merupakan kali ketiga pihaknya menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Wawasan juga jelas beliau merancang untuk bekerjasama dalam lebih banyak program MAWAR pada masa akan datang.

Dalam acara berkenaan, YADIM telah diwakili oleh Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, Penolong Pengarahnya, Salasiah Mohamd Arshad serta pegawai pegawai dari bahagian berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *