Home » Langit Terbuka » Bacaan Yasin, solat hajat dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Agong pada 29 Julai

Bacaan Yasin, solat hajat dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Agong pada 29 Julai

JAWI memohon kerjasama agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya mengadakan majlis bacaan Yadin berkenaan. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR -Majlis bacaan yasin, solat hajat, dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Wilayah Persekutuan dicadangkan pada Rabu ini 29 Julai 2020.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata cadangan itu telah diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Sehubungan itu, JAWI memohon kerjasama agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya mengadakan majlis tersebut,” kata Mohd Ajib.

Beliau berkata demikian dalam pekeliling yang dikeluarkan JAWI kepada pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid, Surau Jumaat, Surau, Imam besar Masjid Wilayah Persekutuan, dan Ketua Masjid di Wilayah Persekutan. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *