Home » Citra Yadim » Jelajah RRY Siri 3 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

Jelajah RRY Siri 3 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

KAJANG – Selepas Segamat dan Tangkak, Siri Jelajah Rakan Remaja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RRY) diadakan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang di sini pada 28 Julai.

Di sekolah ini, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh sendiri hadir bertemu dan menyampaikan pesanan serta motivasi buat ahli RRY.

Beliau turut menyampaikan set bantuan alat belajar kepada ahli ahli RRY yang hadir dalam majlis ringkas berkenaan. Sekolah ini telah pun memiliki seramai 47 ahli RRY setakat ini.

Hadir sama ialah pengetua sekolah berkenaan, Ahmad Shafrin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Shahrizal Mat dan Penolong Pengarahnya, Mohd Khamis Mohamad Sani dan Anis Razani

Terdahulu sebelum majlis, Tuan Kamarul Arief sempat melakukan perbincangan dengan Ahmad Shafrin mengenai bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua pihak ini.

Menurutnya, YADIM sedia menawarkan bantuan dan kepakaran bagi memastikan penubuhan RRY di sekolah itu mencapai matlamatnya.

KEMUDA sebelum ini telah mengadakan beberapa program melibatkan pelajar sekolah ini antaranya bengkel menjawab soalan peperiksaan dan sesi motivasi pelajar secara dalam talian.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *