Home » Citra Yadim » Ziarah Mualaf Orang Asli Bukit Tadom oleh Sukarelawan YADIM Kuala Langat

Ziarah Mualaf Orang Asli Bukit Tadom oleh Sukarelawan YADIM Kuala Langat

BANTING – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat kekal aktif dengan program menyantuni pelbagai lapisan masyarakat mereka.

Terbaharu pada 6 Disember, mereka menyampaikan sumbangan kepada 8 buah keluarga mualaf Orang Asli di Bukit Tadom, di sini yang dikenal pasti memerlukan.

Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka.

Program ini diketuai oleh Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan mendapat kerjasama pembimbing mualaf Orang Asli Bukit Serdang, Ustaz Ridzuan.

Hadir sama ialah Setiausaha Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hanizah Sumiri.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *