Home » Citra Yadim » Semarak Dakwah Yadim Pahang Parlimen Raub

Semarak Dakwah Yadim Pahang Parlimen Raub

RAUB – Perasmian Program Semarak Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bagi Parlimen Raub pada 6 Disember dimulakan dengan Bengkel Pengurusan Harta Pusaka yang telah di bentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar Abd.Razak, Perunding dari Pusaka Najahul Mawarith.

Program selama satu jam setengah ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan soalan-soalan berkaitan harta pusaka khususnya yang melibatkan Tanah Felda.

Sejurus selesai bengkel tersebut, program di teruskan dengan acara perasmian yang telah disempurkan oleh Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Hazmi Dibok.

Ia dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Mempaga, YH.Dato’ Amizar Bin Abu Adam, diiringi Pengurus Felda Krau 01, Arif Safwan Mohd dan Pengerusi KAF (F) Krau 01 Ustaz Rosaidi Rameli.

Pihak KAF Wilayah Mempaga merakamkan ucapan terima kasih kepada YADIM Negeri Pahang atas sumbangan program berbentuk saguhati kepada penceramah, sumbangan Bakul Dapur kepada asnaf & tajaan makan minum sepanjang program kerjasama YADIM & KAF (F) Krau 01 ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *