Home » Citra Yadim » Program Kembara Musa’adah YADIM dan Belia 4B Melaka.

Program Kembara Musa’adah YADIM dan Belia 4B Melaka.

JASIN – Golongan muda sentiasa dilibatkan dalam program program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Terbaharu pada 13 Disember, telah dianjurkan Program Kembara Musa’adah YADIM & Belia 4B Melaka yang menjelajah seluruh negeri ini.

Sebanyak 20 motosikal berkuasa tinggi serta 10 kenderaan pacuan empat roda terlibat.

Selain YADIM, program ini dianjurkan bersama oleh kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Persatuan Belia 4B Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Bersama para penganjur ini, sejumlah 180 set barangan keperluan harian disumbangkan kepada golongan yang memerlukan sepanjang konvoi berlangsung.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *