Home » Langit Terbuka » KPT tubuh jawatankuasa perhalusi cadangan penubuhan Universiti Quran

KPT tubuh jawatankuasa perhalusi cadangan penubuhan Universiti Quran

Menteri Pengajian Tinggi ketika mengadakan perbincangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung penubuhan Universiti Al Quran. - Foto FB

PETALING JAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan penubuhan Universiti al-Quran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, usul tersebut ada dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen semalam ketika penggulungan Belanjawan 2021.

Ujarnya, pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Saya dan pengurusan KPT hari ini telah mengadakan perbincangan awal dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung cadangan penubuhan Universiti al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya. – Kosmo

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *