Home » Citra Yadim » Perbincangan Program Daurah Al Duat dan Penubuhan Sekretariat Dakwah Asia Tenggara

Perbincangan Program Daurah Al Duat dan Penubuhan Sekretariat Dakwah Asia Tenggara

PUTRAJAYA – Perbincangan program Daurah Al Duat dan Penubuhan Sekretariat Dakwah Asia Tenggara telah diadakan pada 15 Diember 2020 di ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini.
Perbincangan ini diadakan bagi merancang dan menjayakan program Daurah Al Duat yang akan dianjurkan oleh YADIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Universiti Al Azhar, Mesir.
Program ini bakal disertai oleh 100 guru takmir ini dijangka akan diadakan pada pertengahan Februari 2021.
Perbincangan ini juga melibatkan gerak kerja ke arah penubuhan Sekretariat Dakwah Asia Tenggara yang terhasil daripada Resolusi Multaqa Ulama Asia Tenggara yang dianjurkan pada tahun 2019 bagi menyelaraskan gerak kerja dakwah di peringkat Asia Tenggara.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Professor Dato’ Dr Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti, dan di hadiri wakil-wakil dari JAKIM iaitu Pengarah Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar, Tuan Haji Husairy Sapiei, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Hubungan Luar Seksyen Luar Negara, Kamarulzaman Mustappa, dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Masjid Bahagian Dakwah Kamarul Saman Yaacub.
Turut hadir mewakili YADIM ialah Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan Penerbitan dan Antarabangsa YADIM, Dr Masitah Esa

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *