Home » Citra Yadim » Sukarelawan YADIM Terengganu bantu usaha nyahkuman

Sukarelawan YADIM Terengganu bantu usaha nyahkuman

SETIU – “Di mana sahaja ada ruang dakwah, di situ ada Sukarelawan YADIM,” itu ungkapan Ketua Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Alor Damat, Saiful Imran Mamat yang mengetuai tiga anggota pasukan itu dalam program nyahkuman di sini pada 3 Februari.
Sukarelawan YADIM menurut Saiful Imran terlibat sebagai salah satu usaha membantu petugas barisan hadapan di negeri ini.
Antara kawasan yang dinyahkuman oleh Sukarelawan YADIM dan rakan rakan badan bukan kerajaan ialah di Masjid Kampung Bukit Cempaka, Pasar Maras, Kompleks TABIKA Batu Rakit (KOMTAR) di Kampung Wakaf Chagak, Surau Kampung Tanjung, Surau Kampung Alor Damat serta lima buah rumah di Kampung Alor Damat yang terlibat dengan kes Covid-19.
Program ini dianjur secara bersama oleh pelbagai pihak termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Terenganu, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, RELA, Skuad Sabil dan lain-lain lagi.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *