Home » Citra Yadim » Asnaf sakit terlantar, OKU disantuni YADIM Kelantan, CIMB Islamic.

Asnaf sakit terlantar, OKU disantuni YADIM Kelantan, CIMB Islamic.

MELOR – Lebih ramai asnaf dan lain lain golongan memerlukan disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan CIMB Islamic Bank Berhad di negeri ini.

Selain di Pasir Puteh, inisiatif yang sama turut digerakkan di kawasan ini pada 10 Mei dengan menyantuni asnaf di Kampung Bechah Mulong, Kampung Padang Mokkan, Kampung Bechah Kura  dan Kampung Pauh di Peringat di sini.

Seramai lima keluarga asnaf yang terlantar sakit akibat penyakit kronik disantuni YADIM Kelantan.

Setiap keluarga yang disantuni menerima bantuan barangan keperluan harian dan wang tunai yang ditaja CIMB Islamic.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Selesai jelajah asnaf di Peringat,  rombongan YADIM Kelantan bertolak ke Kota Bharu bagi menyerahkan sumbangan kepada asnaf Orang Kelainan Upaya bisu dan pekak di sana.

Seramai 10 golongan ini yang dikenalpasti menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mahadi.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *