Home » Citra Yadim » Lelaki 100 tahun, bekas guru Al Quran, ibu tunggal antara disantuni YADIM – CIMB Islamic

Lelaki 100 tahun, bekas guru Al Quran, ibu tunggal antara disantuni YADIM – CIMB Islamic

PASIR PUTEH – Seramai enam lagi asnaf yang memerlukan disantuni dalam program YADIM Peduli: Bantuan Ramadhan/Aidilfitri bersama Cimb Islamic Bank Berhad di sini pada 10 Mei.

Kali ini asnaf yang dikenalpasti memerlukan merupakan penduduk dari Kampung Kenak, Bunut Susu, Kampung Bakong, Pasir Mas dan Kampung Gong Serai Hilir, di sini.

Antara yang menerima bantuan ialah Yusoff Sulong, seorang warga emas berusia 100 tahun yang kini bertongkat. Yusoff tinggal di Kampung Kenak, Bunut Susu besama anak bongsu yang menyara keluarga dengan menjahit.

Turut disantuni ialah Hafsah Mamat berusia 83 tahun. Pernah mengajar Al Quran untuk penduduk kampung, namun dengan usianya yang telah lanjut, kini hanya bergantung harap kepada anaknya yang bekerja sendiri.

Asnaf ketiga ialah seorang warga emas, Maimunah Senik, seorang ibu tunggal berusia 76 tahun dan  tinggal di Kampung Kenak bersama anak bongsu yang hanya bekerja kampung.

Seterusnya ialah Mariah Ismail, 46 tahun tinggal bersama suami yang hanya bekerja kampung di sebuah rumah yang sangat uzur dan tidak mempunyai bilik.

Asnaf seterusnya ialah Sakinah Saad, yang berstatus ibu tunggal berusia 25 tahun dan mempunyai dua orang anak. Tinggal bersama ibu dan ayah yang bekerja sebagai pengait kelapa sawit.

Turut menerima bantuan ialah Raja Norihan Raja Mamat, 42 tahun tinggal di Kampung Gong Serai bersama suami dan empat orang anak. Suaminya tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan.

Mewakili Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam ziarah dan penyampaian sumbangan ini ialah Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Yusnita Muhamed Yusoff. Hadir sama ialah Salwati Osman, seorang aktivis sosial yang aktif membantu asnaf yang memerlukan di kawasan ini.

Setiap asnaf yang dibantu menerima barangan keperluan harian dan wang tunai tajaan CIMB.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *