Home » Citra Yadim » Sambutan Israk Mikraj bersama atlet Majlis Sukan Negeri Johor

Sambutan Israk Mikraj bersama atlet Majlis Sukan Negeri Johor

ISKANDAR PUTERI – Mengambil tanggungjawab melaksanakan dakwah kepada semua, YADIM Johor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj bersama Atlet Majlis Sukan Negeri Johor di sini pada 28 Februari.
 
Menariknya, program pengisian kerohanian untuk para atlet ini bukan diadakan di masjid atau surau sebagaimana kebiasaan, sebaliknya mengambil tempat di Velodrom Johor Iskandar Puteri.
 
Seramai 150 orang atlet menyertai program ini. Pengisian program termasuklah ceramah mengenai peristiwa Israk Mikraj dan hikmahnya yang disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Muhammad Amir Hamzah.
 
Antara yang hadir ke program ini termasuklah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan ,Belia dan Sukarelawan) Haji Onn Jaabar, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Nur Syazlan Abd Razak dan Pengarah YADIM Negeri Johor, Muhamad Ammar Abdullah.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *