Home » Citra Yadim » Program Smart Solat dan Ceramah Israk Mikraj

Program Smart Solat dan Ceramah Israk Mikraj

GUA MUSANG – Seramai 110 orang kanak-kanak yang terdiri daripada  mereka yang berumur tujuh hingga sebelas tahun telah mengikuti program Smart Solat anjuran bersama YADIM Kelantan dan Sekretariat Muafakat Komuniti (SMK) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang.

Program yang diadakan di surau PPR Gua Musang ini bermula 8 pagi hingga 5 petang pada 28 Februari.

Seramai tujuh orang fasilitator terlibat mengendalikan program ini. Antara pengisian program termasuklah ceramah bertajuk “Solat Tiang Agama”, tasmik bacaan wajib dalam solat, amali wuduk dan solat Zohor dan Asar berjemaah.

Manakala pada sebelah malam program diteruskan dengan aktiviti ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Habidin Hanipa bertajuk “Ibrah Dari Israk dan Mikraj”.

Peserta terdiri dari kalangan pelajar, ibu bapa dan juga penghuni PPR Gua Musang.

Penyampaian sijil Smart Solat disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Yang Berhormat Mohd Syahbuddin Hashim.

Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang Pengarah YADIM Kelantan dan Azman Mohd Yusoff selaku pegawai Sekretariat Muafakat Komuniti PPR Gua Musang hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *