Home » Citra Yadim » 2,300 botol air mineral untuk warga Kuala Berang

2,300 botol air mineral untuk warga Kuala Berang

Sukarelawan YADIM mengagihkan bantuan awal berupa air mineral kepada penduduk Kuala Berang sebagai bantuan awal kepada mangsa banjir di daerah itu semalam. - Foto YADIM
HULU TERENGGANU – Cakna dengan situasi warga kawasan ini yang terputus bekalan air, YADIM Terengganu bertindak pantas menghantar bekalan air minuman kepada penduduknya pada 28 Februari.
 
Sebanyak 2,300 botol air minuman 1.5 liter dan 600 mililiter disampaikan dengan bantuan kumpulan pacuan empat roda Sukarelawan YADIM Terengganu.
 
Seramai 10 anak muda anggota Sukarelawan YADIM Terengganu menaiki empat kenderaan pacuan empat roda membantu mengedarkan air mineral ini.
Sebagai permulaan bekalan dihantar ke Kuaters Balai Polis Kuala Berang, sebelum agihan kepada penduduk akan dilaksanakan oleh pasukan polis.
Lokasi lain agihan termasuklah Kampung Pelandang, Kampung Peneh, Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Menerong di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *