Home » Citra Yadim » Mangsa ribut Tanjung Bidara terima sumbangan YADIM Melaka

Mangsa ribut Tanjung Bidara terima sumbangan YADIM Melaka

TANJUNG BIDARA – “Barang dalam rumah semua tak boleh pakai dah, almari, barang elektrik, semualah,”.

“Bumbung tercabut semuanya, keseluruhan lah. Air hujan masuk, tak tahulah berapa anggaran jumlah kerosakan, tapi semua sudah tak boleh digunakan,”ujar salah seorang mangsa ribut yang kami temui.

Sejujurnya, sukar untuk membayangkan kedudukan mangsa mangsa, kerana kesemuanya nampak begitu tenang menghadapi ujian sebesar ini.

Cakna dengan apa yang berlaku, kami di YADIM cuba membantu mangsa mangsa kejadian ribut ini sedikit sebanyak yang termampu.

Justeru pada 13 Ogos, YADIM Melaka menyampaikan sumbangan berjumlah RM11,516 kepada mangsa mangsa kejadian.

Selain wang tunai, YADIM Melaka yang diwakili Penyelarasnya, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly juga menyampaikan 200 pek makanan sedia dimakan kepada mereka.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka.

Sebanyak 58 kediaman terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku di Kampung Pasir Gembur, Kampung Ayer Hitam Pantai, Ayer Hitam Darat serta Kampung Balik Batu pada 10 Ogos lalu. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *