Home » Citra Yadim » Pertandingan Sukan Sekolah Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah

Pertandingan Sukan Sekolah Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah

YADIM Kedah dengan kerjasama Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah telah menjayakan Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Kedah pada 12 Ogos 2022 di Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia.

Lebih dari 80 institusi pendidikan Agama di Kedah telah menyertai pertandingan sukan ini yang bermula dengan peringkat saringan pada 1 Ogos yang lalu.

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, badminton, olahraga dan tarik tali.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah dijemput untuk berucap, merasmikan program dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Ustaz Mohamad Ismail Timbalan Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *