Home » Citra Yadim » Program Wacana Madani bersama Rejimen 512 Askar Wataniah.

Program Wacana Madani bersama Rejimen 512 Askar Wataniah.

KOMUNITI Anggota pasukan badan beruniform sebagai petugas barisan hadapan tidak pernah dilupakan YADIM dalam melestari gerakan dakwah.
Selaras dengan itu, program Wacana Madani telah dianjurkan YADIM Terengganu dengan kerjasama Rejimen 512 Askar Wataniah.
Program di Dewan Rejimen 513 Askar Wataniah Kem Padang Midin, Kuala Terengganu pada 30 Oktober ini dihadiri seramai 80 anggota pasukan berkenaan.
Dua slot pengisian diberikan. Sesi pertama disampaikan oleh Pegawai Staf 2 Agama 8 Briged, Leftenan Kolonel Wan Madzlan Wan Abdullah dengan tajuk ’Perisai Aqidah’ sebelum Ketua Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr Firdaus Khairi Abdul Kadir membawakan tajuk ’Tonggak Amanah Dalam Tatakelola Kerajaan’.
Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul hadi Saiadin kemudiannya menyampaikan ucapan aluan sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Ahmad Azahari Jamaluddin.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *