Home » Citra Yadim » Street Dakwah Sukarelawan Cinta Alam, YADIM Terengganu

Street Dakwah Sukarelawan Cinta Alam, YADIM Terengganu

STREET Dakwah Sukarelawan Cinta Alam anjuran YADIM Terengganu pada 3 Februari berjaya menarik penyertaan lebih 200 peserta terdiri daripada golongan muda.
Dianjurkan bersama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, ILP Gong Badak, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, rakan badan bukan kerajaan Abu Hurairah Inisiatif, Klinik IKRAM dan lain-lain, para peserta bergotong-royong membersihkan Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus yang merupakan antara tarikan pelancong ke Terengganu.
Penganjuran program ini selaras dengan teras Aspirasi Malaysia Madani iatu Kemampanan, Kesejahreaan dan Ihsan selain merupakan sebahagian daripada ‘signature’ program YADIM Lestari anjuran badan dakwah ini dengan tujuan menyeimbangkan rohani dan jasmani di kalangan golongan muda.
Inisiatif ini juga diambil oleh YADIM sebagai langkah melahirkan lebih ramai pendakwah dan sukarelawan (Daie Laskar Alam) dengan penglibatan lebih ramai golongan muda.
Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin serta Ketua Jabatan Elektrik dan Elektronik ILP Kuala Terengganu, Encik Shamsul Rizal Rozak hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *