Home » Citra Yadim » Program Kem Daie Muda Matrikulasi (KDMM) peringkat kebangsaan

Program Kem Daie Muda Matrikulasi (KDMM) peringkat kebangsaan

BAHAGIAN Kepimpinan Muda YADIM melebarkan lagi sayapnya dengan penganjuran program Kem Daie Muda Matrikulasi (KDMM) peringkat kebangsaan.
Program dengan kerjasama Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia ini bermula pada 2 hingga 4 Februari bertempat di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak.
Seramai 260 pelajar daripada Kolej Matrikulasi seluruh negara telah melaporkan diri bersama guru pengiring masing-masing.
Program dimulakan dengan sesi “Ice Breaking” oleh jurulatih daripada YADIM.
Program diteruskan dengan slot Penghayatan Konsep Malaysia Madani Dalam Pembelajaran oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner dan diselitkan dengan sesi kuiz bersama para peserta.
Turut hadir program tersebut Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat serta pegawai-pegawai dan wakil daripada Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *