Home » Citra Yadim » Kembara Hubbul Watan Bawa Mesej Cinta Negara Melalui Iman

Kembara Hubbul Watan Bawa Mesej Cinta Negara Melalui Iman

JOHOR BAHRU – Cinta kepada tanah air juga sebahagian daripada akhlak seorang Muslim. Atas semangat tersebut, Program Kembara Hubbul Watan YADIM Negeri Johor telah dilaksanakan sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, membawa mesej tentang erti mencintai negara melalui iman, akhlak dan tanggungjawab bersama.

Disampaikan oleh pendakwah selebriti, Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin, kembara ini telah berlangsung di beberapa lokasi sekitar Johor dengan penglibatan warga agensi kerajaan dan komuniti setempat antaranya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Johor, pada 2 September yang turut dihadiri Ketua Polis Johor, Komisioner Polis Dato’ Ab Rahaman Arsad.

Kembara turut berlangsung di Surau Al-Mukhlisin, Setia Tropika, Johor Bahru pada hari yang sama. Manakala pada 9 September,ia diadakan di Masjid Pekan Nenas, Pontian.

Pengisian kembara ini antaranya termasuk mengajak masyarakat menelusuri sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan masyarakat Madinah yang berbilang latar belakang , berteraskan persaudaraan, keadilan, amanah, kasih sayang dan kehidupan bersama secara harmoni.

Lebih banyak program dakwah dan kenegaraan diatur oleh YADIM Negeri Johor selepas ini bagi memupuk semangat cintakan negara dan melestari gerakan dakwah sepanjang masa.

Kredit Gambar : Polis Diraja Malaysia Johor

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *