PERMATANG PAUH – Program Dakwah Negara 2026 di Pulau Pinang dirancakkan lagi menerusi penganjuran Program Bicara Dakwah: Membangun Adab, Membina Negara pada 18 November di Surau Tuan Haji Hashim, Permatang Pauh.
Pengisian kepada hampir 100 jemaah disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohamad Fadzil Alias, yang memberi ruang kepada para jemaah untuk menghayati kepentingan adab dan akhlak dalam kehidupan seharian, khususnya dalam membentuk peribadi Muslim yang berintegriti serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam bermasyarakat.
Perkongsian turut mengajak masyarakat memahami bahawa adab bukan sekadar amalan peribadi, sebaliknya menjadi tunjang kepada pembinaan keluarga, komuniti dan negara yang harmoni. Masyarakat yang mengutamakan nilai hormat-menghormati, tanggungjawab dan kesantunan ujarnya, mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih sejahtera.
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen YADIM dalam memperluas pengisian dakwah secara dekat dengan masyarakat, sekali gus menyemai kesedaran bahawa pembangunan negara perlu bermula dengan pembinaan insan yang beradab dan berakhlak mulia.
Terlibat sama ialah pegawai YADIM Negeri Pulau Pinang, Cik Intan Basirah Basir, EncikMohamad Asyraf Shahidan bersama dua anggota Sukarelawan YADIM Pulau Pinang.



KOMEN