Home » Citra Yadim » Adab, Ilmu dan Pemikiran Teras Pembinaan Masyarakat

Adab, Ilmu dan Pemikiran Teras Pembinaan Masyarakat

SHAH ALAM – Adab, ilmu dan pemikiran merupakan tiga elemen penting dalam membentuk masyarakat yang sejahtera, berakhlak mulia serta mempunyai daya fikir yang matang dalam mendepani cabaran semasa.

Sehubungan itu YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru, Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Petaling telah menganjurkan Program YADIM Sejahtera : bertemakan “Adab, Ilmu dan Pemikiran Teras Pembinaan Masyarakat” yang berlangsung pada 18 November di KAFA Integrasi Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam.

Program ini bertujuan menyemarakkan kesedaran tentang kepentingan pembudayaan adab dalam kehidupan seharian serta pembentukan pemikiran yang positif sebagai asas melahirkan generasi berilmu dan berakhlak.

Penganjuran program ini turut diserikan dengan Majlis Apresiasi Guru Cemerlang sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik dan membimbing anak-anak menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor, Puan Rabihah Ibrahim. Turut hadir ke program ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Ahmad Shahrom Zamri dan Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, Ustaz Muhamad Hafizuddin Mohd Daud.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *