PUTRAJAYA – Ulama terkemuka dari India, Syeikh Dr. Muhammad Abd Hakim Al Azhari merakamkan setinggi–tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas inisiatif serta sokongan berterusan Kerajaan Malaysia dalam menghidupkan dan memperluas pengajian hadis di peringkat antarabangsa.
Beliau menyifatkan komitmen tersebut sebagai satu langkah bermakna yang membuka ruang lebih luas kepada para ulama dari pelbagai negara untuk berhimpun, bertukar pandangan, dan meneruskan tradisi pengajian hadis secara berterusan.
Menurutnya, penganjuran Majlis Sama‘ Hadis Antarabangsa di negara ini bukan sahaja menjadi platform penting dalam mempererat jaringan keilmuan antara sarjana Islam dunia, malah memberi peluang kepada masyarakat untuk mendekati warisan ilmu hadis Rasulullah SAW.
Pengiktirafan daripada tokoh ulama antarabangsa itu sekali gus membuktikan kesungguhan Malaysia dalam memartabatkan syiar Islam dan meletakkan negara sebagai antara hab utama pertemuan ulama serta pencinta ilmu dari seluruh dunia



KOMEN