Home » Langit Terbuka » Pendidikan agama perlu pendekatan lebih terbuka – PM

Pendidikan agama perlu pendekatan lebih terbuka – PM

PUTRAJAYA, 27 November – Kefahaman agama yang tertutup dan jumud boleh menghalang kemajuan umat Islam, justeru pengisian pendidikan agama perlu diperkaya dengan pendekatan lebih terbuka dan seimbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tradisi ilmu perlu diperkukuh menerusi budaya memahami, menelaah dan mengupas hadis, bukan sekadar membacanya.

“Tetapi kalau pengisiannya, kefahamannya masih terkongkong dengan hujah dan yang tertutup dan jumud, kita tidak boleh ke mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ilmu MADANI bersama Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Beliau menegaskan, usaha memperkukuh institusi pendidikan agama perlu disertai pengisian yang mampu memperluas pemikiran dan kefahaman umat, bukan hanya tertumpu kepada penyediaan kemudahan.

Terdahulu, ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu, Datuk Seri Anwar mengumumkan tambahan RM200 juta tahun ini bagi membaik pulih sekolah-sekolah pondok, susulan aduan mengenai keadaan infrastruktur sekolah yang daif.- BERITA RTM

Artikel Berkaitan

Tunku Azizah terima ijazah sarjana dari UIAM

  KUALA LUMPUR: Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 mencipta sejarah selepas Ketua Perlembagaannya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *