Home » Langit Terbuka » Adam Corrie seorang atheis sebelum peluk Islam

Adam Corrie seorang atheis sebelum peluk Islam

Adam Corrie berkongsi pengalaman pernah bergelar atheis sebelum peluk Islam dengan pengikutnya di Twitter.

PELAKON Adam Corrie mendedahkan dia pernah bergelar seorang atheis iaitu tidak mempercayai kewujudan tuhan sebelum memeluk agama Islam.

Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 50, bagaimanapun mendedahkan sepanjang bergelar seorang atheis kehidupannya berasa sangat kosong dan tiada pegangan sebelum mendapat hidayah daripada Allah untuk mencari kebenaran.

“Saya dilahirkan daripada keluarga agama Budha. Kemudian saya pernah jadi atheis. Tidak percaya pada tuhan.

“Kemudian saya rasa kosong dalam hidup ini. Tiada pegangan dalam hidup. Tapi itulah nama hidayah.

“Apabila kita mencari kebenaran, Allah campakkan hidayah dalam diri ini. Alhamdulillah,” kata Adam.

Adam memuat naik perkongsian mengenai penghijrahannya menerusi Twitter dan ia mendapat perhatian netizen.

Rata-rata mereka tertarik dengan kisah perjalanan hidup Adam dan bersyukur kerana pelakon KL Gangster itu antara yang terpilih menerima hidayah daripada Allah.

Malah ada juga segelintir pengikutnya di laman sosial yang memberi pandangan berbeza mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, menurut Adam, setiap manusia mempunyai hak untuk bersuara dan mereka juga mempunyai pilihan untuk ke syurga atau neraka.

“Betul… Semua orang ada hak bersuara untuk diri sendiri. Pilihan tersebut ada di tangan kita.

“Nak ke syurga atau ke neraka. Tiada siapa yang memaksa. Pandai-pandailah buat pilihan untuk diri sendiri,” katanya.

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008. – mSTAR

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *