Home » Langit Terbuka » Adik Ainul Mardhiah ke HKL sebaik tiba di tanah air

Adik Ainul Mardhiah ke HKL sebaik tiba di tanah air

Ainul dimaklumkan sudah berlepas pulang ke Malaysia selepas berjaya membuang ketumbuhan di mulutnya. - Foto Gempak.com

MELAKA – Bayi perempuan yang pernah tular menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dijangka akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik tiba di tanah air, hari ini.

Sumber memberitahu BH, Ainul Mardhiah, 10 bulan, bersama bapa, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi dijadualkan berlepas dari London kira-kira jam 9.30 malam tadi (waktu tempatan).

“Ainul dijangka sampai esok (hari ini) dan terus ke HKL,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Berdasarkan status yang dimuatnaik Ahmad Safiuddin, 24, mereka sedang membuat persiapan rapi bagi memastikan Ainul sembuh dan kuat berikutan bayi sulungnya itu pernah mendapat jangkitan selepas mengharungi penerbangan panjang selama 13 jam.

“Disebabkan Ainul terlalu ‘fragile’, doktor minta supaya kurang mendedahkan Ainul supaya risiko mendapat jangkitan dapat dikurangkan.

“Bagaimanapun, kami sangat berbesar hati dan gembira bila dapat pulang ke tanah air. Malaysia adalah tempat Ainul!,” katanya menerusi statusnya.

Ainul Mardhiah yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah Hospital Kanak-kanak di United Kingdom (UK), 10 Jun lalu, terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Profesor David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Terkini, keluarga Ainul Mardhiah, terpaksa membatalkan rancangan pulang ke tanah air hari ini (9 Julai ) berikutan bayi perempuan mereka berusia 10 bulan itu tidak sihat.

 

– Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *