Home » Langit Terbuka » Agong kutuk serangan terhadap umat Islam di New Zealand

Agong kutuk serangan terhadap umat Islam di New Zealand

Yang Diprtuan Agong mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada masyarakat yang tidak berdosa dan berharap mereka (penembak) terbabit dibawa ke muka pengadilan. - Foto Kosmo

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah mengutuk insiden kekejaman terhadap umat Islam susulan kes tembak berasingan ketika solat Jumaat di dua masjid, di Christchurch, New Zealand.

Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda menzahirkan kesedihan ke atas berita menyedihkan yang turut membabitkan tiga rakyat Malaysia.

“Baginda mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada masyarakat yang tidak berdosa dan berharap mereka (penembak) terbabit dibawa ke muka pengadilan.

Doa kami bersama mereka yang tercedera dan mereka yang kehilangan orang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Baginda turut mendoakan supaya rakyat Malaysia yang tercedera termasuk seorang yang dalam keadaan kritikal, kembali sembuh.

Insiden tembakan rambang ke atas umat Islam di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood, New Zealand, semalam, mengakibatkan 49 kematian dan 20 cedera.

Dilaporkan, penembak dan tiga individu lain, yang dipercayai terbabit dalam serangan itu didakwa di mahkamah, pagi ini, waktu tempatan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *