Ahmad Marzuk nafi kerajaan tidak serius perkasa perundangan syariah

0
278
Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan menyerahkan laporan tahunan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto FB

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menafikan kerajaan pada hari ini tidak serius dalam memperkasakan perundangan syariah.

Beliau sebaliknya berkata, pelbagai usaha telah dilaksanakan pihak kerajaan bagi tujuan tersebut terutamanya dalam aspek pendakwaan syariah di Malaysia.

“Ada yang kata kerajaan hari ini tidak serius dalam memperkasa perundangan syariah.

- advertisement -

Ini tidak tepat!

“Berbagai usaha telah dilaksanakan kerajaan dalam memperkasa perundangan syariah, terutama dalam aspek pendakwaan syariah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa malam selepas menerima kunjungan dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan diketuai pengarahnya, Noor Hadina Ahmad Zabidi.

Dalam pertemuan berkenaan, Noor Hadina turut menyerahkan laporan tahunan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan berkongsi mengenai kes-kes pendakwaan serta isu-isu terkini yang berkaitan jenayah syarie di Wilayah Persekutuan kepada Ahmad Marzuk.

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk turut menzahirkan harapan agar perundangan syariah di negara ini dapat terus dimartabatkan dan tidak dipandang enteng oleh rakyat Malaysia

“Tahniah kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan atas kerja keras dan komitmen dalam menegakkan kedaulatan undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan.

“Harapan saya, agar perundangan syariah terus dimartabatkan dan tidak dipandang enteng oleh rakyat Malaysia. Jenayah syarie adalah satu jenayah, maka jangan sewenangnya dilanggar oleh umat Islam,” katanya. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here