Home » Citra Yadim » Ziarahi dan menyantuni Ulama’ Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman, Pondok Lanting, Chenor

Ziarahi dan menyantuni Ulama’ Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman, Pondok Lanting, Chenor

TEMERLOH – Kunjungan mahabbah ini diketuai oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Ustaz Nasruddin Hasan yang menziarahi Tuan Guru Hj Mohd Baqi Othman di kediaman beliau Pondok Lanting Chenor, pada 6 Oktober.

Ketibaan rombongan dari YADIM bagi memperkukuh hubungan ukhuwah dan strategik sesama mereka disambut penuh mesra dan ukhuwah oleh Tuan Guru Hj Mohd Baqi Othman.

Dalam pertemuan ziarah tersebut, Tuan Guru bersemangat mencadangkan beberapa idea kepada pihak YADIM untuk memperkasakan dakwah dan institusi agama di Malaysia selain memperkukuhkan perjuangan Islam.

Beliau juga berkongsi banyak ilmu dan pengalaman di sepanjang pertemuan ziarah tersebut.

YADIM menyambut baik sumbang saran yang diberikan oleh Tuan Guru demi untuk melestari gerakan dakwah seterusnya dapat memperkukuhkan institusi Islam.

Dalam kunjungan ini, YADIM turut menyampaikan sumbangan berupa kotak makanan asas seperti beras, minyak masak, bihun, biskut dan beberapa keperluan lain yang disampaikan kepada 16 orang penerima terdiri dari warga pondok tersebut.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak dan Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Hazmi Dibok serta pasukan kerja YADIM Pahang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *