Home » Citra Yadim » AHRAC Selangor C juara Pertandingan Memanah Tradisional YADIM

AHRAC Selangor C juara Pertandingan Memanah Tradisional YADIM

PUTRAJAYA – Kelab Menunggang Kuda dan Memanah Alternatif (AHRAC) Selangor C muncul juara keseluruhan Pertandingan Memanah Tradisional YADIM yang diadakan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini.

Unggul mendahului saingan dengan  mengutip 423 mata, kelab tersebut membawa pulang Piala Menteri bagi pertandingan memanah yang diadakan sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ini.

Mereka juga merangkul tempat pertama bagi kategori Lelaki Terbuka.

Bagi kategori Lelaki Jemputan pula, ia dimenangi oleh Al Munawwarah Archery Club.

Kategori Wanita Jemputan diungguli R Ten Archery Club manakala untuk kategori Wanita Terbuka diraih Kelab Memanah Tradisional Putrajaya A.

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff.

Sukan Bulan Dakwah YADIM akan diteruskan pada 5 Disember dengan acara bowling di Ampang Bowl Bangi Gateway.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *