Musa’adah Covid-19 santuni penduduk Pendang

0
137

PENDANG – Covid-19 nampak belum ada pengakhirannya.

Justeru masih terdapat golongan memerlukan yang perlu dibantu.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Disember  dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang dan Pejabat Penghulu Mukim Rambai, Kubur Panjang, telah mengadakan  Program YADIM Peduli-Musa’adah Covid 19 sempena Bulan Dakwah 2.0.

- advertisement -

Program yang diadakan di Pejabat Penghulu Mukim Rambai tersebut, menyantuni seramai 40 keluarga di daerah ini menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Sebelum sumbangan disampaikan,   Penghulu Mukim Rambai, Haslimi Saiden menyampaikan sedikit ucapan dan penyelaras program, Ustaz Haji Azmi Mohammad dari YADIM Kedah kemudiannya memberi tazkirah ringkas.

Penerima terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik, muaalaf dan Orang Kelainan Upaya.

Hadir sama ke program ini ialah ADUN Sungai Tiang, Yang Berhormat Datuk Suraya Yaakob merangkap Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air serta Tenaga Kedah.

Turut hadir ialah Penghulu, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung, Pengerusi  Sukarelawan YADIM Pendang, Haji Abdul Ghani Sudin, dan wakil komuniti.

Datuk Suraya serta wakil wakil komuniti mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada YADIM atas kerjasama serta keprihatinan meringankan beban penduduk di kawasan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here