Home » Citra Yadim » 70 OKU,ahli keluarga terima sumbangan YADIM Pulau Pinang

70 OKU,ahli keluarga terima sumbangan YADIM Pulau Pinang

PERMATANG PAUH – “Kami rasa dihargai.

“Terima kasih kepada YADIM Pulau Pinang di penganjuran program ini,”.

Begitulah ucapan Pengerusi Persatuan Kebajikan Orang Kelainan Upaya Penglihatan Prihatin (PKOP),Tarmizi Jusoh.

Bertepatan dengan hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia yang disambut baru baru ini, YADIM
Pulau Pinang pada 4 Disember bekerjasama dengan PKOP mengadakan program YADIM Interaktif dan YADIM Peduli bertempat di Dewan Serbaguna Taman Guar Perahu, Permatang Pauh.

Hadir ke program ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Zikri Zulkifli dan Shafie Abdullah, wakil Exco Pertanian,Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Seramai 70 OKU dan ahli keluarga mereka disantuni dalam program ini.

YADIM juga menyumbang RM2,000 kepada PKOP dalam program ini.

Pengisian program termasuklah tazkirah yang disampaikan oleh Pencertus Ummah Nasri, dan sumbangan musa’adah kepada ahli persatuan yang hadir.

Program diserikan persembahan khas alunan bacaan Al Quran oleh ahli PKOP, Nurul Hidayah dan persembahan nasyid oleh Ustaz Suhaizi dan Deen Salam.

En zikri zulkifli dalam ucapab beliau memberikan komitmen yadim akan sentiasa bersama membantu persatuan dan orang kelainan upaya di negeri p.pinang dengan program-program pembangunan sahsiah dan modal insan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *