Home » Langit Terbuka » Akan turun bertemu komuniti transgender

Akan turun bertemu komuniti transgender

Usaha menangani isu transgender perlu dilihat secara holistik dan langkah yang diambil perlu berhemah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto The Sun

KUALA LUMPUR – “Dalam masa terdekat, kami sendiri akan turun bertemu komuniti transgender,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau mengulas isu usahawan kosmetik, Safiey Illias yang secara terbuka mendedahkan mengenai pembedahan wajah yang dilakukannya kepada umum.

Zulkifli berkata, pihaknya juga sudah mengadakan pertemuan dengan semua penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi membincangkan isu transgender ini.

“Isu ini perlu dilihat secara holistik dan langkah yang diambil perlu berhemah.

“Kita mahu ada kesedaran terhadap individu berkenaan sebagai seorang Muslim.

“Kita juga mahu membantu mereka untuk menjadi Muslim yang baik,” katanya kepada Harian Metro di Kuala Lumpur.

Ditanya adakah sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap individu seperti Safiey, beliau berkata, ia hanya boleh dibuat apabila terdapat laporan kepada jabatan agama Islam negeri di atas akta berkaitan jenayah orang Islam. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *