Aktiviti kesukarelawanan mampu jadikan belia lebih berdisiplin

0
538

SEREMBAN –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menggesa orang ramai khususnya golongan belia menyertai aktiviti kesukarelawanan yayasan itu yang mampu membentuk diri lebih berdisiplin dan memiliki jati diri tinggi.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti berkata ia juga mampu memberi nilai tambah terhadap pembangunan insaniah belia sekali gus mendapat ganjaran Allah SWT atas usaha murni itu.

“Golongan belia kini juga terdedah dengan teknologi, ia sesuatu yang baik kerana melalui laman sosial mereka boleh mengajak sahabat yang lain untuk ikut serta, boleh menjadi ikutan masyarakat.

- advertisement -

“Kami juga terbuka menerima pandangan dan idea mereka untuk penambahbaikan, pendapat mereka mungkin berbeza dengan orang tua, jadi penyertaan mereka sangat dialu-alukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pengenalan Sukarelawan Yadim Negeri Sembilan dan Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf di sini, pada 13 September.

Beliau berkata YADIM menyasarkan untuk mencapai angka 10,000 sukarelawan pada tahun ini.

“Sekarang kita dah ada kira-kira 6,000 sukarelawan yang berdaftar dengan YADIM. Penyertaan adalah terbuka daripada semua peringkat umur, kita juga ada permohonan melalui dalam talian, jadi ia memudahkan mereka untuk mendaftar,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here