Home » Langit Terbuka » Aman Palestin mohon sumbangan musim sejuk untuk Syria

Aman Palestin mohon sumbangan musim sejuk untuk Syria

Pengurus Aman Palestin Cawangan Shah Alam berkata, sebahagian besar rakyat Syria hanya tinggal dalam khemah yang diperbuat daripada kanvas yang serba kekurangan - Foto Islamic Relief Singapore Lebih mencabar lagi, katanya, su

BANGI – Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberikan sumbangan kepada rakyat di Syria yang bakal mengharungi musim sejuk tidak lama lagi.

Pengurus Aman Palestin Cawangan Shah Alam, Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata, sebahagian besar rakyat Syria hanya tinggal dalam khemah yang diperbuat daripada kanvas yang serba kekurangan.

Lebih mencabar lagi, katanya, suhu di sana boleh mencecah negatif darjah celcius lalu menyebabkan bayi serta kanak-kanak kecil terdedah kepada kematian kerana tidak mampu menahan kesejukan.

“Mereka terdedah dengan pelbagai penyakit dan tidak mampu untuk mendapatkan rawatan kerana kekangan sumber kewangan.

“Mereka juga kekurangan kelengkapan musim sejuk dan pemanas kerosene serta sentiasa berhadapan dengan kesukaran mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Ustaz Farhan berkata, Aman Palestin ingin memohon sumbangan daripada orang ramai bagi sama-sama membantu meringankan cabaran yang bakal dihadapi warga Syria.

Beliau berkata, orang ramai boleh membuat sedemikian melalui pakej sumbangan ‘Bantuan Untuk Syria’ berjumlah RM150.

“Pakej itu akan meliputi kelengkapan musim sejuk, bantuan kecemasan, pek makanan dan juga pemanas kerosene.

“Orang ramai boleh juga menyumbang dengan nilai lain mengikut kemampuan masing-masing. Lebih banyak, lebih besar manfaatnya untuk mereka. Semoga sedekah yang kita berikan pada hari ini, Allah gantikan dengan kurniaan yang lebih baik,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk membuat sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Aman Palestin Berhad, Bank Islam 12029010047880 dan Maybank 562263010787.

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.amanpalestin.net atau di talian 013-3513040. – Ismaweb

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *